
DVS dalam kenyataan dipetik Bernama berkata, haiwan itu kini bawah jagaannya dan dalam keadaan baik serta sihat.
Jabatan itu menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung keadaan anjing itu sehingga kes didengar di mahkamah.
Terdahulu, tular video seorang lelaki tidak berbaju menangkap dan memukul muka seekor anjing berulang kali di sebuah kondominium di Kajang.
Penyelamat bebas, Shima Aris dilaporkan bersama sekumpulan penyelamat ke kondominium itu untuk menuntut lelaki terbabit menyerahkan anjing berkenaan, yang dilakukannya dengan rela hati.
Pada 4 Julai lalu, DVS dilaporkan berkata, kertas siasatan kes itu dibuka bawah Perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.