
Menteri Fadhlina Sidek berkata KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi giat bekerjasama untuk merealisasikan inisiatif itu.
Katanya ketika merasmikan anugerah pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia, inisiatif ini menyahut hasrat kerajaan yang ingin melihat Tingkatan 6 terus menjadi pilihan utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Ditemui pemberita selepas pengumuman itu, Fadhlina memaklumkan butiran lanjut inisiatif ini akan diumumkan selepas proses penyelarasan antara kementerian selesai.
Sementara itu, Fadhlina memaklumkan cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6 sedang diperhalusi.
Menteri pada Julai lalu mengumumkan KPM sedang perinci cadangan menyediakan elaun kos sara hidup pelajar dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.
Langkah itu katanya antara usaha penjenamaan semula Tingkatan 6, dan memastikan kualitinya diperluas dan dipertingkatkan.