Kes pukul, peras ugut warga asing: 2 polis trafik bebas

Kes pukul, peras ugut warga asing: 2 polis trafik bebas

Dua anggota polis trafik itu dilaporkan ditahan Jumaat lalu, selepas polis menerima laporan seorang warga Bangladesh dipercayai dipukul dan diperas ugut.

Ketua Polis Perlis, Muhammad Abdul Halim, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)
KANGAR:
Dua anggota polis trafik berpangkat koperal yang direman tiga hari bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang warga Bangladesh, dilepaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Perlis, Muhammad Abdul Halim, berkata pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sedang menunggu laporan perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa dalam menyiapkan sepenuhnya kertas siasatan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan 323 Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya yang berusia awal 30-an dilaporkan ditahan Jumaat lalu, selepas polis menerima laporan lelaki itu dipercayai dipukul dan diperas ugut, dengan nilai wang itu dipercayai ialah RM700.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.