
PETALING JAYA: Isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan meninggal dunia akibat kanser, kira-kira 3.07 petang tadi.
Alena Omar, 49, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.
Pihak Wan Saiful memaklumkan kepada FMT Alena yang menghidap kanser sejak empat tahun lalu dirawat di IKN pada 25 Jun selepas kesihatannya mula merosot.
Jenazahnya dijadual disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang, petang ini.