Lelaki Myanmar ditembak di kebun getah

Lelaki Myanmar ditembak di kebun getah

Mangsa cedera di bahu dengan polis sedang mengesan suspek.

Ketua Polis Padang Terap Mulkiaman Manzar, berkata kes melibatkan penoreh getah dipercayai ditembak disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. (Gambar PDRM)
ALOR SETAR:
Lelaki warga Myanmar cedera di bahu dipercayai terkena tembakan dalam kejadian di kawasan kebun getah di Naka, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Padang Terap Mulkiaman Manzar, berkata pihaknya menerima laporan pada 5.45 petang, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Polis menerima laporan dari orang awam yang memaklumkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahu disyaki terkena tembakan semasa berada di dalam kebun getah berkenaan. Penoreh getah berumur 40-an itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.