Kereta e-panggilan berlanggar lori, penumpang maut tersepit

Kereta e-panggilan berlanggar lori, penumpang maut tersepit

Kereta yang dipandu lelaki tempatan itu membawa dua penumpang warga asing.

kereta e-heling-remuk
Dalam kejadian di Jalan Bestari, Klang, tengah hari tadi, seorang warga asing maut akibat tersepit setelah kereta e-panggilan dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang penumpang kereta e-panggilan maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Klang hari ini.

Kereta yang dipandu lelaki tempatan itu, membawa dua penumpang warga asing, berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Bestari dalam kejadian pada tengah hari tadi, lapor Bernama.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima pada 12.46 tengah hari.

Katanya, seorang warga asing yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua lagi mangsa cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Klang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Klang Utara Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut dilanggar dari arah kiri menyebabkan seorang mangsa yang duduk di bahagian belakang kereta meninggal dunia.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.