Malaysia-Bahrain tingkat kerjasama pelbagai bidang

Malaysia-Bahrain tingkat kerjasama pelbagai bidang

Perdana menteri berkata beliau dan Raja Bahrain percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa kunjungan hormat ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, malam tadi. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Bahrain dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama antara dibincangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa kunjungan hormat beliau ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.

“Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global,” katanya.

Sheikh Hamad tiba di ibu negara hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.