2 polis direman berkait peras ugut lelaki Bangladesh

2 polis direman berkait peras ugut lelaki Bangladesh

Suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan lelaki Bangladesh itu dipercayai dipukul serta diperas ugut.

Anggota polis trafik direman dua hari untuk siasatan kes peras ugut lelaki Bangladesh.
KANGAR:
Dua anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki Bangladesh, semalam.

Perintah terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat koperal itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Ketua Polis Perlis, Muhammad Abdul Halim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan bahawa lelaki warga Bangladesh itu dipercayai dipukul serta diperas ugut oleh mereka dan nilai wang dipercayai diterima daripada peras ugut itu ialah sebanyak RM700,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan penuh perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa.

Muhammad juga berkata, pihaknya tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dan tindakan tatatertib akan diambil jika didapati bersalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.