Majlis Raja-Raja perkenan pindaan undang-undang kewarganegaraan, kata menteri

Majlis Raja-Raja perkenan pindaan undang-undang kewarganegaraan, kata menteri

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan kini boleh ke peringkat seterusnya di Parlimen.

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Bagaimanapun Saifuddin Nasution Ismail berkata Perkara 14(1)b, 19b and 14(1)(e) dalam Perlembagaan ‘kekal’. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Pindaan Perlembagaan membabitkan kewarganegaraan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

“Dengan keputusan ini, kita boleh ke peringkat seterusnya di Parlimen,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Perkara 14(1)b, 19b and 14(1)(e) ‘kekal’, namun beliau tidak menjelaskannya secara lanjut.

Pindaan itu bertujuan untuk mengetatkan kriteria permohonan kewarganegaraan sementara mempertimbangkan aspek keselamatan dan kemanusiaan.

Tujuh pindaan dan masing-masing tiga peruntukan baharu dan pemansuhan dibuat bagi menangani keselamatan dan kedaulatan negara.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kula Segaran berkata bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang berkaitan kewarganegaraan telah ditangguhkan pada persidangan Dewan Rakyat, Oktober depan.

Pada Mac, Perdana Menteri Anwar Ibrahim perkara Perkara 14(1)(b) akan dipinda untuk menggantikan perkataan ‘bapa’ kepada ‘ibu bapa atau bapa atau ibu’ selepas draf pindaan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.