
PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan gangguan teknologi maklumat global tidak menjejaskan rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia.
MAHB sebelum ini berkata perkhidmatannya tidak menerima kesan akibat gangguan yang mengakibatkan gangguan perjalanan yang meluas di Eropah, Amerika Syarikat, serta beberapa lapangan terbang di Australia.
“Bagaimanapun, beberapa rakan kongsi syarikat penerbangan kami mengalami gangguan akibat isu ini,” katanya lapor Bernama.
Di Singapura, proses daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Changi sedang diuruskan secara manual disebabkan gangguan sistem IT global itu.