
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa Sistem Tiket Bersepadu (KITS) serta semua saluran perkhidmatan pelanggannya terjejas oleh gangguan teknologi maklumat global.
KTMB memaklumkan kerja-kerja pemulihan untuk membetulkan gangguan teknikal sedang giat dijalankan.
“KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya di Facebook.
KTMB berkata pengguna aplikasi mudah alihnya disyorkan untuk mula semula telefon bagi mendapatkan kembali akses kepada sistem KITS.