Kes ‘pasport terbang’: 3 penguat kuasa direman 6 hari

Kes ‘pasport terbang’: 3 penguat kuasa direman 6 hari

SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan berusia 40-an hingga 50-an itu kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan.

malaysian passport
Tiga anggota penguat kuasa itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau ‘pasport terbang’ di Sabah.
KOTA KINABALU:
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau “pasport terbang” di Sabah.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Terdahulu, permohonan reman terhadap tiga anggota penguat kuasa itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada tertuduh itu masing-masing diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James, manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terhadap anggota penguat kuasa terbabit dan kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan berusia 40-an hingga 50-an itu kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini.

Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas dan dikatakan memberi rasuah RM300,000 kepada anggota penguat kuasa terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.