CEO HRD Corp cuti mulai esok

CEO HRD Corp cuti mulai esok

Shahul Hameed Shaik Dawood mengumumkan menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan SPRM.

CEO HRD Corp, Shahul Hameed Shaik Dawood berkata semasa ketiadaannya, organisasi itu akan tetap menjalankan semua proses dan operasi seperti biasa demi memastikan tiada sebarang gangguan kepada perkhidmatan. (Gambar Instagram)
KUALA LUMPUR:
CEO Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Shahul Hameed Shaik Dawood mengumumkan beliau menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata semasa ketiadaannya, organisasi itu akan tetap menjalankan semua proses dan operasi seperti biasa demi memastikan tiada sebarang gangguan kepada perkhidmatan.

“Namun begitu, saya tetap berpegang teguh dengan komitmen saya kepada HRD Corp.

“Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Terdahulu, Scoop melaporkan Shahul diberikan cuti, dengan pengerusi dan ahli lembaga pengarah sudah dimaklumkan perkembangan itu. Menurutnya lagi, Menteri Sumber Manusia Steven Sim turut mengesahkan cuti Shahul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.