
Perintah tahanan reman ke atas suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu Nurul Mardhiah Mohammed Redza, lapor Harian Metro.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.48 pagi diiringi anggota polis.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, mengesahkan suspek adalah teman lelaki mangsa.
Katanya, suspek ditahan susulan siasatan dilakukan berhubung kehilangan mangsa.
“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.
“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
Media melaporkan, Farah Kartini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum ditemui maut di lokasi berkenaan.
Polis menerima laporan kehilangan mangsa berasal dari Sarawak pada 1.56 pagi 10 Julai lalu.
Kali terakhir bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris itu dilihat berpakaian korporat biru, bertudung dan berseluar slack hitam.