Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 16 apartmen

Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 16 apartmen

Polis berkata kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata punca kejadian masih dalam siasatan.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah apartmen di Putrajaya pagi tadi.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 7.50 pagi, lapor Sinar Harian.

Kanak-kanak itu dilaporkan ditemui terbaring atas jalan di bawah sebuah apartmen di Presint 9 sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Bagaimanapun, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Asmadi berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.