Suspek kes Esha didakwa esok

Suspek kes Esha didakwa esok

Sebelum ini polis menahan seorang wanita tempatan dan seorang lelaki yang membuat hantaran ugutan dan ancaman di dua akaun TikTok.

kl high court
Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan dua suspek kes buli siber pempengaruh TikTok, A Rajeswary atau Esha akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk pendakwaan esok.
PETALING JAYA:
Dua suspek yang dipercayai dalam kes buli siber pempengaruh TikTok, A Rajeswary atau Esha akan didakwa esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari dalam satu kenyataan ringkas.

Media sebelum ini melaporkan Esha ditemui meninggal dunia di kondominium di Setapak 5 Jul lalu, sehari selepas membuat satu laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung buli siber dihadapinya.

Susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun dan seorang lelaki ditahan secara berasingan pada 8 serta 10 Julai lalu.

Siasatan polis mendapati dua hantaran di akaun TikTok “Dulal Brothers” dan “Alphaquinnsha” mengandungi ugutan serta ancaman terhadap pempengaruh terbabit yang menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen (ugutan jenayah) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.