Pemandu disyaki mabuk rempuh polis direman 4 hari

Pemandu disyaki mabuk rempuh polis direman 4 hari

Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika mengawal lalu lintas di Johor.

Pemandu mabuk-rempuh polis
Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an dikeluarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya, di sini, semalam, direman empat hari.

Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.