Polis selamat wanita Indonesia jadi mangsa dera majikan

Polis selamat wanita Indonesia jadi mangsa dera majikan

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 41 tahun itu diselamatkan selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata mangsa disyaki didera majikannya di sebuah rumah di Taman Tropika Kemensah, Ampang.
KUALA LUMPUR:
Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa dera majikannya di sebuah rumah di Taman Tropika Kemensah, Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 41 tahun itu diselamatkan kira-kira 12.45 tengah malam pada Jumaat lalu selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

“Susulan itu, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun ditahan dan beberapa barangan berkaitan kes turut dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan manakala wanita tempatan itu direman hingga Selasa ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.