
Presiden Ezri Abdul Wahab berkata ulasan Rafizi itu melibatkan konsep proses wajar (due process) dan keperluan untuk mencapai keseimbangan yang betul antara kebebasan bersuara dan hak untuk perbicaraan yang adil
“Terdapat stigma yang wujud terhadap peguam, seperti yang ditunjukkan oleh ulasan Rafizi,” kata Ezri dalam kenyataan.
“Peguam dilihat seperti memberikan perkhidmatan mereka kepada pembida tertinggi, dan akan melakukan apa sahaja mengikut kemampuan mereka untuk melepaskan klien mereka
“Persepsi sedemikian tentang kerja-kerja guaman merupakan satu salah faham tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh peguam.”
Beliau mengulas catatan Rafizi di Facebook menjelang PRK Sungai Bakap, yang menyatakan peguam bela lelaki Israel itu adalah bekas calon Perikatan Nasional.
Shalom Avitan, 36, pada April lalu mengaku tidak bersalah memiliki 158 peluru dan menyeludup enam pistol ke Malaysia. Lelaki itu ditangkap pada 27 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Ezri berkata, elemen utama hak perbicaraan yang adil adalah hak untuk mendapatkan perwakilan undang-undang, memastikan mana-mana orang yang hadir di mahkamah dijamin perkhidmatan peguam
“Antara amalan ‘Common Law’ apa yang dikenali sebagai ‘cab-rank rule’, iaitu, seseorang peguam tidak boleh menolak untuk mewakili klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka, kecuali dalam keadaan yang sangat terhad.
“Hakikat bahawa tertuduh dalam situasi ini adalah warga asing tidak seharusnya menghalang dia daripada mendapat perwakilan undang-undang.”
Ezri menyeru semua pihak untuk berhenti memberikan tanggapan yang salah dan membuat sindiran bahawa peguam tidak beretika dalam menjalankan tugasan tetap mereka.
“Peguam seharusnya dapat memberikan perkhidmatan mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan bebas daripada prasangka yang tidak berasas,” katanya.