2 wanita ditemukan maut dalam kereta bercuti di P Pinang

2 wanita ditemukan maut dalam kereta bercuti di P Pinang

Kehilangan kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun itu disedari ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat pada 5 Julai.

mayat dalam kereta-
Mayat 2 wanita ditemukan di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua wanita yang ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Bukit Mertajam semalam ialah rakan karib yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Helmi Aris berkata, laporan polis dibuat pada 5 Julai lepas setelah kehilangan kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun itu disedari ahli keluarga.

Beliau berkata, polis tidak menemukan sebarang senjata atau peralatan lain di tempat kejadian yang boleh mengaitkannya dengan unsur jenayah.

“Mayat kedua-dua wanita telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu dilaporkan, dua mayat wanita yang sudah kembung dan berbau busuk ditemukan di dalam sebuah kereta di tepi jalan berdekatan Taman Sri Rambai.

Orang ramai yang melalui kawasan itu menyedari kehadiran mayat pada 5.30 petang semalam, sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Kedua-dua wanita itu dipercayai meninggal dunia lebih lima hari berdasarkan keadaan mayat mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.