
Beliau yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, berkata perbuatan tersebut bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah disalah guna dan memperdayakan orang awam.
“Saya ingin menasihati semua pengguna media sosial supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan hanya mengikuti akaun rasmi,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya.
Nanta juga meminta orang ramai agar melaporkan sebarang akaun mencurigakan yang menyamar sebagai menteri kerja raya atau Ahli Parlimen Kapit.
Menerusi hantaran itu, Nanta turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya iaitu @alexander_nanta_linggi.