
Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, sebaliknya ia mampu menjadi laluan kerjaya pilihan utama belia, malah kebolehpasaran kerja lepasan TVET tinggi pada tahap 94.5%.
Katanya, permohonan menyertai TVET menunjukkan peningkatan 3.75% sejak Januari hingga Jun lalu.
“Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
“Belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai kecenderungan terhadap pedagogi secara teknikal berpeluang menyertai program TVET bermula dari peringkat sijil, diploma dan peringkat yang paling tinggi,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas.
“TVET perlu dianggap sebagai satu daripada cabang pendidikan yang boleh menjadi pilihan oleh sesiapa sahaja mengikut kecenderungan dan minat masing-masing,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai permohonan Orang Asli dalam TVET, Zahid berkata kerajaan menyasarkan 400 tempat bagi Orang Asli di pusat TVET seluruh negara, tahun ini.
Menurutnya, tahun lalu sekitar 350 Orang Asli menyertai TVET dan jumlah berkenaan menunjukann komuniti itu proaktif menyertai TVET.
“Saya akan mewujudkan satu kemasukan khas untuk Orang Asli dalam TVET,” katanya.