PRK Sg Bakap: 8.88% keluar mengundi setakat 9 pagi

PRK Sg Bakap: 8.88% keluar mengundi setakat 9 pagi

Sembilan pusat undi melibatkan 65 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi.

undi sg bakap
Seramai 39,151 pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu pada PRK Sungai Bakap hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Setakat 9 pagi ini, peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap dicatatkan sebanyak 8.88%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Seramai 39,151 pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu kawasan itu hari ini.

Pada 8 pagi tadi, sembilan pusat undi melibatkan 65 tempat mengundi atau saluran bagi dibuka serentak, iaitu di SMK Tasek, SJKC Boon Beng; SMK Bandar Tasek Mutiara; SK Seri Tasek; SK Sungai Duri; SMK Tun Syed Sheh Barakbah; SK Sungai Bakap; SK Jawi; dan SK Sungai Kechil.

Semua pusat mengundi akan ditutup pada 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi.

PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Pilihan raya diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.