31 Ogos diisytihar Hari Sabah

31 Ogos diisytihar Hari Sabah

Kerajaan negeri warta Hari Sabah pada 31 Ogos.

Juhar-Mahiruddin
Warta pengisytiharan Hari Sabah diterbitkan atas perintah Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin. (Gambar File)
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas, bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.

Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.