
PETALING JAYA: Pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesan gas methyl mercaptan dalam tangki tidak digunakan yang bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata methyl mercaptan digunakan sebagai campuran kepada gas petroleum cecair (LPG).
“Pihak TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) sedang menampal tempat bocor dan akan ‘dismantle’ tangki tersebut untuk dihantar ke Kualiti Alam bagi tujuan pelupusan,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata setakat ini 39 individu dilaporkan mengalami pening kepala dan mual, dipercayai terhidu kebocoran gas itu.
Menurutnya 14 mangsa di Air Disaster Unit, seorang di Hospital Putrajaya dan bakinya dibenarkan pulang.