
“Tak ada komen. Mengarut. Tak ada masalah,” katanya kepada FMT, dan menjelaskan gambar itu fokus pada individu yang berucap.
“Apa masalah kalau kita kaburkan gambar? Tak ada sebarang masalah, kabur gambar… itu biasa sebab kita fokus kepada orang yang bercakap. Jadi ‘background’ itu jadi kaburlah.”
Pada 24 Jun lalu, Amar memuat naik beberapa gambarnya berceramah ketika kempen PRK Sungai Bakap, dengan enam daripada gambar yang dimuat naik ke Facebook itu menunjukkan sepanduk PN dikaburkan.
Semalam, Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan dilaporkan berkata ura-ura mengenai hubungan renggang dua parti komponen PN itu mula timbul ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu dua bulan lepas.
Azmi berkata gambar dimuat naik Amar itu menambah kepercayaan bahawa PAS mungkin terlibat dalam ‘perbincangan’ menjalin kerjasama dengan kerajaan.
Minggu lalu, jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil enggan mengulas spekulasi PAS menyertai gabungan itu, manakala beberapa pemimpin PAS menyangkal dakwaan terbabit.