
Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata pendapatan itu merangkumi pendapatan hasil sawit lot Felda, dividen, yuran pengurusan dan lain-lain pendapatan.
Bagaimanapun, perbelanjaan keseluruhan Felda merekodkan RM278 juta atau menurun sebanyak 39% berbanding suku pertama 2023.
“Jumlah perbelanjaan ini merangkumi perbelanjaan kos operasi ladang, pentadbiran, perbelanjaan peneroka, kos kewangan dan juga penjejasan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai prestasi kewangan Felda sehingga suku pertama 2024.
Zahid berkata, secara keseluruhannya, prestasi kewangan Felda menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam pengurusan kewangan dan operasi organisasi serta pelaksanan strategi lebih berkesan dalam mengawal kos dan meningkatkan kecekapan berbanding suku sama tahun lepas.