
Buat masa ini, katanya, pembinaan rangkaian 5G tertumpu di kawasan bandar dengan kegiatan ekonomi tinggi, manakala peluasan ke kawasan lain termasuk luar bandar telah dimulakan dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
“Di Kuala Lumpur, peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk pada tahap (97.7%), Putrajaya (97.3%); Selangor (96.1%); Johor (83.1%); Melaka (88.6%); Negeri Sembilan (77.5 %); Pulau Pinang (91.1%); dan Perak (79.8%),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk membina lebih banyak pencawang bertujuan meningkatkan kadar capaian Internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan pedalaman dengan lebih menyeluruh.
Sementara itu, Teo berkata, liputan 5G di kawasan berpenduduk di Kedah pada tahap 80.1%, Perlis (91.4%); Pahang (65.5%); Terengganu (72.7%); Kelantan (66.4%); Sabah (68.6%); Labuan (94.4%); dan Sarawak (62%).
Menjawab soalan tambahan Dr Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai saluran aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekiranya terdapat masalah liputan, Teo berkata, orang ramai boleh membuat aduan menerusi talian WhatsApp 0162206262 atau laman web .
SKMM turut mempunyai kaunter aduan di Bangunan Parlimen untuk menerima aduan Ahli Parlimen mengenai masalah liputan Internet di kawasan masing-masing, tambahnya.