Harga petrol, diesel kekal

Harga petrol, diesel kekal

Harga petrol dan diesel kekal dari 4 hingga 10 Julai.

fuel prices
KUALA LUMPUR:
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05, dan RM3.35 seliter dari 4 hingga 10 Julai.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kadar ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula mekanisme harga automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.