Pelawak, isteri direman 2 hari berkait kes sebar maklumat dalaman polis

Pelawak, isteri direman 2 hari berkait kes sebar maklumat dalaman polis

Mereka direman dua hari untuk bantu siasatan.

Gambar program lawatan pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di IPD Shah Alam tular di Telegram. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pelawak dan isterinya ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam.

Sinar Harian melaporkan pasangan itu direman dua hari hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Ia difahamkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan ketika dihubungi media itu mengesahkan penahanan suami isteri itu.

Terdahulu, gambar program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam tular di Telegram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.