485 mangsa banjir di 4 PPS Sabah

485 mangsa banjir di 4 PPS Sabah

Daerah Penampang paling teruk terjejas dengan 296 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Pusat Kebudayaan Sabah.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, empat daerah termasuk satu daerah kecil dikenal pasti terjejas akibat banjir, dengan Penampang paling teruk terjejas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 485 orang setakat 8 malam tadi berbanding 481 mangsa pada 4 petang tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, empat daerah termasuk satu daerah kecil dikenal pasti terjejas banjir, dengan Penampang paling teruk terjejas.

Harian Metro melaporkan 296 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang, Dewan Sri Putatan di daerah Putatan (138 mangsa) dan Balai Raya Kampung Bontoi di Tamparuli (18 mangsa).

Empat mangsa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Tutu Selupoh di daerah Tuaran, menjadikan keseluruhan 33 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di sana malam ini.

Banjir melanda kebanyakan kawasan rendah di Penampang, selain sebahagian kawasan di Kota Kinabalu, khasnya Sepanggar akibat hujan lebat lebih lima jam pada Ahad lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.