
Beliau berkata, 17 pelajar lagi sedang disaring di bilik isolasi Hospital Tumpat dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.
“Pejabat Kesihatan Kota Bharu (PKDKB) sejak 20 Jun lepas membuat ujian saringan ke atas kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan yang mengalami simptom tifoid.
“Antara gejala tifoid adalah demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya, sembelit, sakit kepala, keletihan dan kurang selera makan,” katanya kepada Bernama di sini.
Menurutnya, demam kepialu ialah penyakit berjangkit akibat jangkitan kuman, iaitu salmonella typhi dan jangkitan kuman itu merebak melalui beberapa cara seperti makanan atau minuman dicemari najis mengandungi kuman berkenaan.
“Justeru, saya meminta kakitangan atau pelajar bergejala memaklumkan pihak pengurusan sekolah untuk penilaian klinik kesihatan. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke WhatsApp PKDKB di talian 013-978 3378 atau pegawai kesihatan epidemiologi PKDKB di talian 019-3086126.”