
Menulis di Facebook selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno di Bera, Pahang, beliau berkata PRU di enam negeri tahun lepas menunjukkan hanya 20% orang Melayu masih bersama parti itu.
“Yang mampu mengembalikan kekuatan ini adalah akar umbi di bahagian dan cawangan dengan terus mendekati komuniti setempat khususnya golongan muda,” tegasnya.
Katanya, Umno perlu menarik kembali pengundi teras terutama kelompok berusia 18 tahun yang menurutnya ‘sukar untuk dikesan’.
“Golongan muda ini amat bergantung kepada media sosial dan platform ini harus dikuasai sepenuhnya oleh jentera parti,” katanya.
Ismail turut menyentuh tentang kehadiran para perwakilan pada mesyuarat tahun ini, yang berpakaian serba merah iaitu warna rasmi parti.
“Sesungguhnya tonggak kekuatan Umno adalah di bahagian dan cawangan,” tegasnya.