Penyerang Negeri Sembilan FC diragut

Penyerang Negeri Sembilan FC diragut

Insiden mengakibatkan kerugian harta-benda kepada Mika Junco namun beliau selamat.

Mika Junco
Pemain import Negeri Sembilan FC Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Negeri Sembilan FC (NSFC) mengesahkan pemain import Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur, malam semalam.

Dalam kenyataan, NSFC memaklumkan kejadian berlaku ketika penyerang asal Sepanyol itu berseorangan.

“Insiden ini mengakibatkan kerugian harta-benda kepada Mika, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.

“NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya.

Kelab itu mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain berkenaan dalam masa sukar ini.

Insiden itu dikongsi Mika menerusi ‘Instagram Story’ yang menunjukkan kecederaan di leher selain menyebabkannya kehilangan rantai emas.

Bulan lalu, pemain Terengganu FC Akhyar Rashid diserang dua penyamun selepas pulang daripada latihan manakala bintang Selangor FC Faisal Halim kritikal selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah.

Manakala, kereta pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.