
Gesaan itu dibuat bekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera.
Ismail berkata, jentera parti juga harus terus menggembleng tenaga untuk memastikan kemenangan dan momentum sokongan rakyat terhadap Umno di Parlimen Bera terus kekal.
“Alhamdulillah, dewan penuh dengan perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan.
“Ini menunjukkan kesepakatan dan perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli-ahli di akar umbi walaupun parti kini sedang menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.
Beliau berharap Umno akan bangkit semula dan terus menjadi tonggak umat Melayu.
“Semoga parti yang menjadi tonggak umat Melayu dan payung untuk seluruh rakyat negara ini berteduh akan bangkit kembali,” kata Ahli Parlimen Bera.