250 sertai himpunan seru Anwar letak jawatan

250 sertai himpunan seru Anwar letak jawatan

Peserta Rakyat Lawan Anwar berhimpun di luar kediaman rasmi perdana menteri.

demo anwar
Antara peserta yang berhimpun di himpunan Rakyat Lawan Anwar hari ini.
PUTRAJAYA:
Kira-kira 250 penunjuk perasan berpakaian serba hitam menyertai perhimpunan Rakyat Lawan Anwar hari ini.

Mereka berhimpun di luar kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, dan menyeru Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Semalam, penganjur perhimpunan ini, Aidil Yunus, berkata mereka akan membuat lapan tuntutan, termasuk menyeru kenaikan harga petrol RON95 dihentikan, menangani kekurangan bekalan beras tempatan, dan menangani isu-isu berkaitan wabak Covid-19.

Katanya lagi, mereka juga menyeru kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup, melindungi kakitangan penjagaan kesihatan awam, memastikan upah yang adil, menegakkan kebebasan bersuara, dan memelihara kedaulatan ekonomi.

Turut kelihatan dalam kalangan peserta adalah ahli Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz dan Badrul Hisham Shaharin, serta peguam, Rafique Rashid Ali.

Ada antara penunjuk perasaan menggayakan lambang tembikai atau memakai keffiyeh, sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Sebelum ini, polis berkata perhimpunan itu tidak mengikut undang-undang kerana gagal mendapat kebenaran pemilik tanah, Perbadanan Putrajaya seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.