Stesen minyak di Perlis diarah tak jual diesel, petrol berulang pada hari sama

Stesen minyak di Perlis diarah tak jual diesel, petrol berulang pada hari sama

Perlis menjadi negeri kedua selepas Kelantan yang diarahkan berbuat demikian.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Azman Adam berkata, arahan itu dikeluarkan kepada semua 39 stesen minyak dan pemegang lesen runcit diesel serta semua gred petrol di Perlis.
PETALING JAYA:
Pengusaha stesen minyak di Perlis menjadi negeri kedua selepas Kelantan yang diarahkan tidak menjual diesel dan petrol secara berulang kepada kenderaan tempatan serta asing pada hari sama bermula hari ini.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Adam berkata, arahan itu dikeluarkan kepada semua 39 stesen minyak dan pemegang lesen runcit diesel serta semua gred petrol di Perlis.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan surat arahan itu dalam pertemuan dengan pengusaha stesen minyak Perlis.

“Arahan ini dikeluarkan mengikut Peraturan 12A, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 berhubung larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam hari sama kepada kenderaan berpendaftaran Malaysia dan asing yang berkuat kuasa serta-merta,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau yang berharap isu ketirisan diesel dapat diatasi berkata, hasil pemantauan KPDN mendapati penjualan diesel di stesen minyak dekat sempadan negara mengalami penurunan.

Menurutnya, pihak tertentu mula beralih kepada aktiviti menyeludup petrol RON95, justeru Ops Tiris 3.0 diteruskan bagi memastikan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan serta bersubsidi dapat dibendung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.