
Pengarahnya, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hanya melalui kaedah ini jenayah pecah amanah oleh peguam dapat dihapuskan sepenuhnya.
“Cadangan itu bukan sesuatu yang merumitkan, malah memudahkan semua pihak yang berurusan transaksi kewangan melalui peguam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (Hartaguam) semalam yang menasihati orang ramai menyemak latar belakang sebelum melantik peguam hartanah untuk mengelak menjadi mangsa penipuan.
Ramli berkata, jika ada apa-apa sebab akaun amanah hanya boleh diuruskan firma guaman dan tidak bersifat dua pihak, maka perkara itu perlu diperjelas untuk kefahaman masyarakat.
Jika tidak, katanya, akan timbul pelbagai tanggapan dalam kalangan masyarakat, termasuk bahawa peguam menggunakan wang anak guam untuk perniagaan, melabur di institusi kewangan, malah untuk tujuan pengubahan wang haram.
“Hanya ketelusan dapat mengelakkan persepsi negatif terhadap institusi guaman,” katanya.