Sanusi tolak jadikan Langkawi ‘destinasi pilihan Muslim’

Sanusi tolak jadikan Langkawi ‘destinasi pilihan Muslim’

Menteri besar Kedah bersikap dingin terhadap cadangan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

langkawi
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata Pulau Langkawi mampu menjadi tarikan pelancong pelbagai latar belakang.
PETALING JAYA:
Sanusi Nor menolak pendekatan ‘destinasi pilihan Muslim’ di Langkawi sebaliknya pulau pelancongan perlu terbuka kepada pengunjung seluruh dunia.

Menteri besar Kedah berkata, pulau itu mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menjadi tarikan pelancong pelbagai latar belakang.

“Langkawi itu wilayah Kedah, pulau itu Kedah punya, kita namakan Langkawi Permata Kedah, jadi ikut suka Kedah nak buat pulau apa. Kita tak pernah kata nak jadikan pulau pelancongan Islam. Siapa pelancong nak datang boleh.

“Perkara ini (pulau pelancongan Muslim) tidak pernah dibincangkan di peringkat kerajaan negeri,” katanya menurut Berita Harian di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin, yang bercadang menjadikan Langkawi destinasi pilihan Muslim.

Khairul berkata, langkah itu perlu diambil ekoran persaingan destinasi pelancongan terutama pulau dari negara jiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.