
Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng juga menganggap cadangan itu sebagai berfikiran sempit dan tidak berpandangan jauh.
“Langkawi popular sebagai destinasi inklusif yang terkenal dengan dasar bebas cukai dan pantai indah yang menarik pelancong dari seluruh dunia.
“Menjenamakan semula Langkawi untuk pelancongan Muslim boleh mengurangkan daya tarikannya dan menyebabkan kerugian kewangan,” kata Ahli Parlimen Tanjung Piai itu.
Isnin lalu, Khairul mencadangkan Langkawi dijadikan ‘destinasi pilihan Muslim’ untuk bersaing dengan pulau lain menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Beliau berkata ia satu cara untuk Malaysia bersaing dengan negara lain ialah dengan memberi tumpuan kepada sektor khusus.
“Kita tahu Langkawi mungkin sukar untuk bersaing dengan pulau-pulau lain di rantau ini.
“Kita mungkin akan memposisikan Langkawi sebagai ‘preferred Muslim destination’ supaya ia lebih ke arah kekeluargaan dan kerohanian,” katanya di Dewan Rakyat.
Wee turut menggesa Khairul untuk menjalankan analisis pasaran yang komprehensif dan mengimbangkan potensi pasaran pelancongan Islam dengan kekuatan sedia ada Langkawi dan reputasi antarabangsa.
Beliau berkata ‘dasar yang terlalu keagamaan atau konservatif’ di Langkawi boleh memaparkan Malaysia sebagai negara yang berfikiran tertutup, yang akan merosakkan industri pelancongan negara.
“Tumpuan harus kekal pada kepelbagaian dan keterangkuman untuk mengekalkan daya tarikan Langkawi kepada semua pelancong,” katanya.
“MCA menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mempertimbangkan semula cadangan ini dengan teliti, memastikan Langkawi mengekalkan daya tarikannya yang terbuka dan pelbagai untuk semua pelawat.”