Kementerian ada pentadbir cekap bantu menteri laksana dasar, Dr M diberitahu

Kementerian ada pentadbir cekap bantu menteri laksana dasar, Dr M diberitahu

Ahli Parlimen Pasir Gudang ulas dakwaan Dr Mahathir Mohamad Jemaah Menteri terdiri 'ahli politik baik tetapi bukan pentadbir baik'.

hassan
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata menteri perlu segera kumpul pengalaman dalam portfolio masing-masing, sambil dibantu golongan pentadbir cekap dan terlatih.
PETALING JAYA:
Seorang Ahli Parlimen PKR membalas kritikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya berkait kemampuan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim untuk mentadbir.

Hassan Karim berkata, di setiap kementerian sudah ada golongan pentadbir cekap, terlatih dan berpengalaman membantu menteri dilantik.

“Menteri dan anggota Kabinet adalah pembuat dasar dan pelaksana dasar.

“Setiap menteri perlu belajar dan mengumpul pengalaman dengan cepat berkenaan portfolio masing masing,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang kepada FMT.

Hassan mengulas kenyataan Mahathir dalam temu bual dengan FMT, mendakwa Jemaah Menteri Anwar kurang cekap mentadbir dengan ramai tiada pengalaman mencukupi dalam kerajaan.

Mahathir, yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan kemudian 2018 hingga 2020 menyifatkan Jemaah Menteri Anwar dianggotai ‘ahli politik baik, tetapi bukan pentadbir baik’.

Beliau mengambil contoh peningkatan cukai perkhidmatan dan penyasaran subsidi diesel yang menurutnya patut dilaksanakan secara beransur-ansur bagi mengurangkan gangguan terhadap rantaian bekalan dan pengguna.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.