Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bangkok berpatah balik

Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bangkok berpatah balik

Malaysia Airlines berkata pesawat Airbus A330-200, penerbangan MH780 itu berpatah balik ke KLIA selepas mengalami isu tekanan udara.

Pesawat Airbus A330-200, penerbangan MH780 dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas berpatah balik ketika dalam penerbangan ke Bangkok, Thailand. (Gambar Wikipedia)
PETALING JAYA:
Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan ke Bangkok, Thailand terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airlines berkata pesawat Airbus A330-200, penerbangan MH780 berpatah balik ke KLIA selepas mengalami isu tekanan udara pada jam 5.59 petang ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.

“Juruterbang kemudiannya melakukan penurunan kecemasan walaupun tidak melebihi altitud kabin dan topeng oksigen penumpang tidak diturunkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Malaysia Airlines, pesawat itu kekal stabil dan selamat mendarat di KLIA pada jam 8.18 malam.

Terdahulu, AviationSource News melaporkan pesawat itu berpatah balik selepas mengisytiharkan kecemasan.

Menurut portal berita penerbangan berpangkalan di UK itu, pesawat itu sudah berada di ruang udara Thailand sebelum mengisytiharkan kecemasan dan mengubah haluan ke Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.