
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar dalam kenyataan berkata pihaknya menjalankan siasatan dengan memanggil pengawal keselamatan terlibat.
Beliau berkata polis menerima laporan pada 18 Jun lepas daripada seorang wanita yang mendakwa melihat lelaki tersebut melempar kucing berkenaan sebelum memohon bantuan pekerja pembersihan untuk menyelamatkan haiwan itu.
Menurutnya, wanita berusia 52 tahun yang merupakan eksekutif kanan bahagian operasi sebuah syarikat penyiaran itu kemudian membawa kucing berkenaan ke klinik haiwan.
“Dia membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan kucing lain di kemudian hari,” katanya.
Sebuah video berdurasi satu minit 56 saat mengenai kejadian itu turut tular di media sosial.