Nasib 6 ‘penentang’ Bersatu dalam 21 hari, kata speaker

Nasib 6 ‘penentang’ Bersatu dalam 21 hari, kata speaker

Minggu lalu, Bersatu menyerahkan notis pengosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan.

6 jahanam
Enam Ahli Parlimen yang diserahkah notis terlucut keahlian Bersatu adalah (dari atas, kiri ke kanan) Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
KUALA LUMPUR:
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akan membuat keputusan dalam 21 hari berhubung permohonan Bersatu supaya enam kerusinya dikosongkan.

Johari mengesahkan telah menerima notis itu daripada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee, Jumaat lalu.

“Mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk kaji, insya-Allah bila saya ada keputusan saya akan panggil (media) untuk beritahu…jadi tolong bersabar,” katanya ditemui selepas merasmikan pameran seni sempena ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik Malaysia-Romania di Parlimen.

Kerusi terbabit dan penyandangya adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Azizi, Zahari, Syed Hussin, Zulkafperi dan Iskandar terlucut keahlian kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia selain terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Keahlian Suhaili pula terhenti kerana memfailkan saman ke atas Bersatu pada 19 Dis tahun lalu.

Minggu lalu, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan pelaksanaan PRK di kawasan itu.

Nasib Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari yang menyokong pentadbiran Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pula belum diketahui sehingga kini.

Ketua Pembangkang Azmin Ali telah menyerahkan notis pengosongan kerusi itu, Jumaat lalu kepada Speaker DUN Selangor Lau Weng San.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.