
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.
“Hujan berterusan di Membakut sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir dan jumlah mangsa dipindahkan pagi ini menunjukkan trend kekal atau tidak berubah,” menurut kenyataan itu.
Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti, iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis.
Membakut adalah daerah di kawasan pedalaman Sabah kira-kira 90km arah selatan dari Kota Kinabalu.