Mangsa kedua bot nelayan karam ditemui

Mangsa kedua bot nelayan karam ditemui

Pasukan penyelamat kini berusaha mengesan dua lagi nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Kuala Sungai Ayam di Batu Pahat.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, bot yang dinaiki empat nelayan itu dilaporkan karam pada malam Jumaat lalu akibat cuaca buruk. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Mangsa kedua tragedi bot nelayan terbalik di perairan Kuala Sungai Ayam di Batu Pahat, Johor pada Jumaat lalu ditemui di Pantai Koris pada 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mayat mangsa, Tan Hai Lian, 62, beralamat di Perling ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“OP SAR diteruskan untuk mengesan duia lagi mangsa kru bot yang masih belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulanuar berkata, mayat mangsa pertama Chiah Kah Chong, 53, ditemui di lokasi kejadian jam 6.25 petang semalam.

Jumaat lalu polis menerima maklumat berhubung kejadian bot nelayan karam tersebut dari anak salah seorang mangsa.

Bot yang dinaiki empat nelayan keluar dari Jeti Kampung Bumiputera, Rengit Batu Pahat pada jam 8 malam.

Susulan itu, OP SAR melibatkan 57 kekuatan dari agensi penyelamat diaktifkan untuk mencari empat kru yang masih hilang dalam keadaan laut bergelora.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.