
Dengan penguatkuasaan dasar itu, katanya, pihak yang didapati gagal mematuhinya boleh disaman sehingga RM500.
Dasar itu pernah dikuatkuasakan bermula 2017 namun terhenti disebabkan Covid-19 pada 2020.
“Menerusi dasar ini, kita dapat bersama-sama mencegah pencemaran alam sekitar dan menjaga keseimbangan ekosistem di samping mengurangkan penjanaan sisa di tapak pelupusan sampah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar ‘Waste To Wealth’.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Penang Green Council, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah bekerjasama menghasilkan bahan kempen bagi memberi kesedaran kepada penduduk berhubung dasar itu.
Justeru beliau menyeru penduduk Pulau Pinang agar mengasingkan sisa di punca dalam usaha menjadikan negeri itu hijau dan mampan menjelang 2030.