
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata, semua Pati itu dikesan di kawasan bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira 3.40 petang, semalam.
“Pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun getah di sempadan Malaysia-Thailand.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua 10 orang awam terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 49 tahun adalah warganegara Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mereka cuba masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan,” katanya menurut Berita Harian.
Kenyataan itu berkata, turut dirampas enam telefon bimbit, 12 beg, satu pasport palsu dan wang tunai dalam mata wang Thailand serta Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan RM3,326.
Pati berkenaan kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.