
Air Selangor berkata, loji tersebut terpaksa dihenti tugas sementara berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat.
“Air Selangor masih menyiasat punca insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Bukit Bintang, Bukit Ceylon; Chow Kit; Dang Wangi; Hampshire Park; Hospital Kuala Lumpur; Imbi; Kampung Baru; Kampung Datuk Keramat; pusat bandar Kuala Lumpur; Medan Tuanku; Pudu; dan Titiwangsa Sentral.
Syarikat bekalan air itu berkata, pihaknya akan menggerakkan lori tangki, dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal, bagi meminimumkan impak gangguan bekalan air itu kepada pengguna.