Pancut campuran tepung, air kencing pada wanita, lelaki Malaysia didenda

Pancut campuran tepung, air kencing pada wanita, lelaki Malaysia didenda

Tan Jun Hao, 31, didenda SGD1,200 kerana perbuatannya itu yang kononnya taktik mengurat wanita.

gavel
Tan Jun Hao mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita di sebuah stesen MRT di Singapura pada 9 April lalu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga Malaysia didenda SGD1,200 oleh mahkamah di Singapura hari ini kerana memancutkan campuran air kencing dan tepung kepada seorang wanita sebagai taktik mengurat.

Tan Jun Hao, 31, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 26 tahun, selepas mengekori mangsa menaiki eskalator di sebuah stesen MRT pada 8.30 malam, 9 April lalu.

Campuran menjijikkan itu dibawa dalam botol plastik kecil dan dipancutkan pada baju mangsa ketika lalu di sebelahnya, menurut laporan Straits Times.

Tan kemudian terus berlalu tanpa bercakap dengan mangsa.

Wanita itu pada mulanya menyangka terkena najis burung disebabkan bau busuk.

Timbalan Pendakwa Raya, Yap Jia Jun, memberitahu mahkamah tertuduh berbuat demikian konon supaya mempunyai alasan untuk memaklumkan mangsa pakaiannya kotor.

“Dia mahu mewujudkan peluang untuk membolehkannya memulakan perbualan dengan wanita,” katanya.

Katanya, itu menjadi taktik Tan dengan wanita, malah lelaki itu mengaku pernah berbuat demikian kepada dua mangsa lain yang tidak dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.